Friday, 8 November 2019

ALLAH MAHA ADIL

Sebenarnya ketika kita sesak tiada duit, ketika itulah masa yang sesuai untuk kita bersedekah, tidak kisah berapa nilainya,yang penting keihklasan, ingat sekali kita bersedekah 10 Allah akan balas kebaikan kita ok. Tunggu je

Wednesday, 6 November 2019

KEBAHAGIAN SEMENTARA

Merindui seseorang itu lumrah manusia, merasa di sayangi itu juga satu perasaan dari Allah. Beruntunglah jika kita merasa kebahagiaan itu, kerana tidak semua yang merasakannya.

Tuesday, 5 November 2019

MENGHINA CIPTAAN ILAHI

Mungkin hari ini kita menghina sifat seseorang, tanpa menghiraukan perasan orang itu. Tapi kita lupa kita bukan saja menghina orang itu, malah penciptanya. Ingat sebelum berbicara

Friday, 1 November 2019

AJAL MENJEMPUT

Kelapa muda pun gugur, inikan kelapa tua. Begitu kehidupan sama ada muda ataupun tua bila tiba ajal akan tetap pergi jua. Tak perlu untuk mengingatkan orang lain, tapi pesan diri. Kiamat dah dekat, mustahil makin jauh. Ingat tu

Wednesday, 30 October 2019

JAGA PERASAAN

Mungkin hari ni kita bergurau senda dengan kawan kita, tapi kita tak tahu esok dia masih hidup atau tidak. So kalau bergurau tu jaga perasaan kawan, jangan disebabkan persahabatan lama, hancur sekelip mata.

Friday, 25 October 2019

FIKIR SEJENAK

Selagi mana perempuan yang belum di nikahi oleh lelaki, selagi itulah dosanya di tanggung oleh bapa. So perempuan kalau nak buat dosa tu fikirlah siapa yang menanggungnya.

Wednesday, 23 October 2019

DOA BEBAIK

Kata-kata tu adalah satu doa yang mana kita tak perasan pun seharian kita menyebut.. So sebutlah dengan kata-kata yang indah ye. Supaya ia makbul satu hari nanti.