Friday, 12 July 2019

HILANG TERBANG

Burung kalau di lepaskan. Sudah tentu tidak akan kembali lagi. Tapi kalau di jaga beri makan. Lepaslah sejauh mana pasti akan kembali lagi.

Friday, 28 June 2019

REST FOR PEACE

Sepi bukan bererti hilang. Diam bukan bererti lupa. Jauh bukan bererti putus. Humm bersabarlah

Thursday, 27 June 2019

BERIBU MARHALA

Jika Allah menghadirikan seseorang dalam hidup kita, hargailah dia kerana kita tak tahu dia hadir untuk apa? Sebelum dia pergi jaga dan hormati, mungkin ada keistimewaan yang kita tak tahu untuk kita. 😌

Friday, 24 May 2019

PELUANG PERTAMA

Cermin bila sudah pecah tidak mungkin boleh dicantumkan semula,jika boleh ia tidak boleh pantulkan sesempurna seperti asal. Begitu juga hati,jika sudah hancur tidak mungkin sama seperti sedia kala. Peluang pertama tidak seindah peluang kedua.

Monday, 6 May 2019

HADIRNYA SESEORANG DALAM HIDUP

Takdir yang menemukan kita dengan seseorang dan bukan takdir yang memisahkan, tapi Allah yang menggerakkan hati mereka untuk pergi. Kerana semua itu utusan NYA.  So hargailah orang sekeliling kita. Sebelum dia hilang buat selama-lamanya.

ISTIGHFAR SELALU

Sesiapa yang selalu beristighfar, maka Allah akan menjadi baginya setiap kesusahan ada jalan keluar, pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberi rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Sunday, 5 May 2019

KETENTUAN

Pergi dan datang sesuatu itu sudah di tentukan oleh Allah ,semuanya sudah tertulis di luth mahfuz. Mahu atau tidak, kita kena terima hakikat bahawa itu untuk kita.