Wednesday 2 December 2020

BULAN DI SIANG HARI

Hidup ni tidak semua orang sukakan kita. Sebab itu bila kita jumpa orang yang suka kita jagalah baik-baik, kerana bukan senang nak suka kita itu bermakna dia boleh menerima baik, buruk kita. So, cuba-cubalah buka hati untuk menerima. Tidak semua orang yang kita suka tu akan suka kita balik. Hidup ni tak boleh di paksa. 

PENDAM DI LUBUK HATI

Kekadang tidak semua masalah kita perlu di kongsikan. Takut yang mendengar masalah tu akan rasa tidak suka pada kita. Sebab itu masalah tertentu sahaja perlu di kongsikan, selebihnya harus di pendam. 

Thursday 26 November 2020

HATI TELAH MATI

Tidak perlu berlebihan untuk orang pandang kita cantik/hensem..  Tapi cukuplah tunjuk kekurangan kita dan tengok siapa yang bertahan dengan kita. 

Friday 23 October 2020

PAHIT RACUN

Terima la apa yang kita lalui. Semua sudah di aturkan. Bukan semua yang kita harap tu jadi kenyataan, pahit mana terpaksa telan. Dan tidak perlu nak menyalahkan orang lain. Tanya diri sendiri. 

Thursday 18 June 2020

BAHU MEMIKUL.

Mungkin ramai ingat yang paling berat adalah BATU, tapi salah, benda yang paling berat adalah TANGGUNGJAWAB. Tak semua mampu memikulnya. Ingat itu adalah amanah untuk kita selesaikan. 

Thursday 28 May 2020

TOPENG HIDUP

Makin lama kita kenal seseorang tu. Makin kita tahu dia betul ikhlas berkawan dengan kita. Lama kelamaan dia tunjuk sendiri. Tanya diri kita adakah dia berkawan disebabkan apa? Dalam dunia ni yang betul-betul ikhlas boleh di kira dengan jari, yang lain hanya propaganda. Takut-takut dia tikam belakang kita. 

Friday 15 May 2020

UNTUKKU

Gengam la sekuat mana pun, peluklah seerat mana pun jika itu bukan milik kita pasti akan di lepaskan jua. Terima hakikat bahawa semua itu bukan milik kita. Carilah yang sudah tertulis untuk. Percaya dan yakin kita pasti jumpa..