Wednesday 2 December 2020

BULAN DI SIANG HARI

Hidup ni tidak semua orang sukakan kita. Sebab itu bila kita jumpa orang yang suka kita jagalah baik-baik, kerana bukan senang nak suka kita itu bermakna dia boleh menerima baik, buruk kita. So, cuba-cubalah buka hati untuk menerima. Tidak semua orang yang kita suka tu akan suka kita balik. Hidup ni tak boleh di paksa. 

PENDAM DI LUBUK HATI

Kekadang tidak semua masalah kita perlu di kongsikan. Takut yang mendengar masalah tu akan rasa tidak suka pada kita. Sebab itu masalah tertentu sahaja perlu di kongsikan, selebihnya harus di pendam. 

Thursday 26 November 2020

HATI TELAH MATI

Tidak perlu berlebihan untuk orang pandang kita cantik/hensem..  Tapi cukuplah tunjuk kekurangan kita dan tengok siapa yang bertahan dengan kita. 

Friday 23 October 2020

PAHIT RACUN

Terima la apa yang kita lalui. Semua sudah di aturkan. Bukan semua yang kita harap tu jadi kenyataan, pahit mana terpaksa telan. Dan tidak perlu nak menyalahkan orang lain. Tanya diri sendiri. 

Thursday 18 June 2020

BAHU MEMIKUL.

Mungkin ramai ingat yang paling berat adalah BATU, tapi salah, benda yang paling berat adalah TANGGUNGJAWAB. Tak semua mampu memikulnya. Ingat itu adalah amanah untuk kita selesaikan. 

Thursday 28 May 2020

TOPENG HIDUP

Makin lama kita kenal seseorang tu. Makin kita tahu dia betul ikhlas berkawan dengan kita. Lama kelamaan dia tunjuk sendiri. Tanya diri kita adakah dia berkawan disebabkan apa? Dalam dunia ni yang betul-betul ikhlas boleh di kira dengan jari, yang lain hanya propaganda. Takut-takut dia tikam belakang kita. 

Friday 15 May 2020

UNTUKKU

Gengam la sekuat mana pun, peluklah seerat mana pun jika itu bukan milik kita pasti akan di lepaskan jua. Terima hakikat bahawa semua itu bukan milik kita. Carilah yang sudah tertulis untuk. Percaya dan yakin kita pasti jumpa.. 

Thursday 14 May 2020

REMBULAN PURNAMA

Keindahan malam kadangkala dihiasi bulan. Dan tak selalu di lapisi hujan. Begitu juga kehidupan tak semua indah, ada cabaran yang di lalui.. Percayalah di sebalik cabaran ada perkara yang membuat kita gembira..

Monday 11 May 2020

MIMPI INDAH

Hidup kita tak seindah di fikiran. Kerana apa yang difikiran hanyalah ilusi. Berusaha la sehabis baik. Jika ia rezeki kita ada la untuk kita. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mengubahnya"

Sunday 10 May 2020

LENA BENAKU

Kekadang apa yang kita minta tu bukan Allah tak makbulkan, tapi Allah nak tengok sejauh mana kesabaran hambanya, dan kesungguhan untuk meminta pertolongan. Sebab itulah kita perlu memohon dengan kesabaran dan kesungguhan dari hati yang ikhlas. 

Thursday 30 April 2020

AKU TUKANG BESI

Dalam hidup ini memang allah pertemukan kita dengan bermacam jenis orang. Sebab itu allah suruh kita pilih dengan siapa kita perlu berkawan,dengan siapa kita perlu bersahabat. "Kalau kita berkawan dgn penjual minyak wangi, kita dapat wangi.., Kalau kita berkawan dgn tukang besi, kita dapat busuk"

Saturday 25 April 2020

MALAM BERLABUH

Jangan terlalu ego, kerana ego tu melambangkan keangkuhan seseorang. Ingat bukan semua orang yang mengenali kita. Dan tak semua jugalah yang akan tetap bersama dengan ego kita..berendah diri lebih baik dari angkuh. 

Friday 17 April 2020

ATURAN ILAHI

Dalam dunia ni tiada yang kebetulan, semuanya sudah ditentukan oleh ALLAH. Sebab itu aku terima apa yang datang dalam hidup aku, kerana itu aturan allah. Terima kasih sesangat yang hadir dalam hidup aku.. 

TERKESAN DIHATI

Jangan pernah menyesal dengan kata-kata yang kita ungkapkan, kerana jika tersilap kata akan mengguris perasaan orang. Buatlah apa pun kalau seseorang itu marah ia takkan berubah. So fikir dulu sebelum berkata-kata. 

Tuesday 14 April 2020

DOA TAK TERPUTUS

Ketika saat kita memerlukan seseorang untuk mendengar masalah.ia tiada siapa yang sudi. Tapi ingatlah siapa yang sentiasa ada dengan kita, kita saje yang tak perasan. Ingat ALLAH yang sentiasa ada dengan kita. Mengadu la apa yang kita rasa. 

Wednesday 1 April 2020

NOTKAH YANG HILANG

Semua orang ada perasaan yang perlu dijaga.. Ingat kita jaga hati orang, dan orang akan jaga hati kita...  Semua tu adil. Tak perlu nak salahkan sesiapa, tapi tanyalah diri SENDIRI. 

Tuesday 24 March 2020

TANGGAL 25 MAC.

Kekadang allah beri kita ujian untuk kita bersabar bukannya mengeluh.. 
Kekadang pernah tidak terfikir yang kita ada amanah yang sedang di galas.? 
Ingatlah setiap perjalanan hidup kita telah diatur seperti sebuah jadual kehidupan yang penuh ujian, terima seadanya. 

TERIMA KASIH -JM-

Seandainya waktu boleh di putarkan lagi.. Ingin perbetulkan semua kesilapan yang aku buat. Ya allah, terasa lain sangat diri aku yang sekarang. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku... Tak mengapalah aku sedar. Aku terlupa siapa aku, patutkah aku berlaku demikian.? Tepuk dada tanya diri ya. 

Saturday 22 February 2020

BULAN SIANG

Bila kita rindukan seseorang yang jauh... Selalu berdoa agar hatinya allah tetapkan untuk kita.. Yang penting keikhlasan tu dalam perhubungan. Lagi-lagi hubungan jarak jauh memerlukan pengorbanan yang besar.. Bila kita dah kenal dia, orang nak fitnah pun tak boleh.. Sebab kita dah kenal hati budi masing2.

DIRI

Mungkin hari ini kita berjaya dengan apa yang kita ada....  Tapi jangan lupa siapa yang ada dengan kita waktu nak naik dulu..jangan sombong ye. Ingat dunia ini berputar.. 

Sunday 9 February 2020

BERTAHAN WAHAI DIRI

Kekadang allah beri ujian kepada kita kerana dia tahu kita mampu menghadapi... Percayalah ada pelangi di sebalik hujan.. 

Sunday 26 January 2020

JANGAN PERNAH MENGHUKUM ORANG

Tak perlu nak menilai seseorang tu dengan masa silam..  Tapi lihat la dia yang sekarang. Mungkin masa dulu dia jahil, tapi sekarang dia berubah..