Saturday 9 November 2019

DE JAVU LE SHI RO AF

Jika hari aku ada menyakitkan hati orang, tolong maafkan perbuatan aku, jika sebelum ini kau tahu apa kesalahan aku, tegurlah aku. Kerana aku takut, takut sangat tak sempat nak perbaiki semua kesilapan aku....  Kalau sebelum ini aku pernah menasihati, dengarlah takut itu kata2 terakhir aku.......

Friday 8 November 2019

ALLAH MAHA ADIL

Sebenarnya ketika kita sesak tiada duit, ketika itulah masa yang sesuai untuk kita bersedekah, tidak kisah berapa nilainya,yang penting keihklasan, ingat sekali kita bersedekah 10 Allah akan balas kebaikan kita ok. Tunggu je

Wednesday 6 November 2019

KEBAHAGIAN SEMENTARA

Merindui seseorang itu lumrah manusia, merasa di sayangi itu juga satu perasaan dari Allah. Beruntunglah jika kita merasa kebahagiaan itu, kerana tidak semua yang merasakannya.

Tuesday 5 November 2019

MENGHINA CIPTAAN ILAHI

Mungkin hari ini kita menghina sifat seseorang, tanpa menghiraukan perasan orang itu. Tapi kita lupa kita bukan saja menghina orang itu, malah penciptanya. Ingat sebelum berbicara

Friday 1 November 2019

AJAL MENJEMPUT

Kelapa muda pun gugur, inikan kelapa tua. Begitu kehidupan sama ada muda ataupun tua bila tiba ajal akan tetap pergi jua. Tak perlu untuk mengingatkan orang lain, tapi pesan diri. Kiamat dah dekat, mustahil makin jauh. Ingat tu

Wednesday 30 October 2019

JAGA PERASAAN

Mungkin hari ni kita bergurau senda dengan kawan kita, tapi kita tak tahu esok dia masih hidup atau tidak. So kalau bergurau tu jaga perasaan kawan, jangan disebabkan persahabatan lama, hancur sekelip mata.

Friday 25 October 2019

FIKIR SEJENAK

Selagi mana perempuan yang belum di nikahi oleh lelaki, selagi itulah dosanya di tanggung oleh bapa. So perempuan kalau nak buat dosa tu fikirlah siapa yang menanggungnya.

Wednesday 23 October 2019

DOA BEBAIK

Kata-kata tu adalah satu doa yang mana kita tak perasan pun seharian kita menyebut.. So sebutlah dengan kata-kata yang indah ye. Supaya ia makbul satu hari nanti.

Monday 21 October 2019

PENYIKSAAN DIRI.

Mungkin pengorbanan adalah satu kunci kebahagiaan, tapi aku silap, pengorbanan sebenarnya adalah penyiksaan diri. sebab itu setiap perbuatan di selitkan dengan doa.

MENGHAPUS JEJAK

Tak semua orang ada kisah hidup yang menarik, dan tak semua pun apa yang kita ada harus di kongsikan dengan semua. Kisah buruk biarlah hilang terus menyepi, usah di ungkapan kembali. Jadi diri sendiri lebih baik bukan.....

Friday 18 October 2019

MERABA DALAM TERANG

Pernah terasa happy bila kita berjaya buat orang lain tertawa. Walaupun masa tu kita buat lawak tapi menyakitkan diri. Tak mengapalah asalkan kita happy.

Tuesday 15 October 2019

MUHASABAH DIRI

Bila sesuatu perkara terjadi, jangan nak salahkan orang lain. Tapi lihat diri itu,adakah diri betul. Cari dulu kesalahan diri baru perbetulkan diri orang lain.

Monday 14 October 2019

SEGUNUNG EMAS

Jangan cemburu dengan kejayaan orang lain. Sebab belum tentu orang itu mudah untuk berdiri setinggi itu. Esok, lusa siapa tahu ada segunung emas untuk kita? Jangan pernah putus asa.

Saturday 12 October 2019

MULAKAN HIDUP BARU

Mungkin hari ini kita marah dengan seseorang. Marah kerana satu perkara. Tapi ingatlah kebaikan yang pernah di lakukan dulu. Jangan kerana satu kesalahan terus menghukum buat selamanya. Forgive it ok.... And forget all his mistake .

LEPASKAN BUKAN HAK

Peluklah erat mana pun. Gengamlah sekuat hati pun jika ia bukan hak kita pasti akan di lepaskan juga. Kalau suka dengan sesuatu itu doa la. Jika ada rezeki adalah untuk kita.

GENGAM SEKUATNYA

Jika tak mampu  jangan berkata boleh. Takut tak dapat di hajati akan melukakan perasaan org. So jangan berjanji kalau tidak ditepati.

Wednesday 9 October 2019

LIDAH TAK BERTULANG

Dalam dunia tiada apa yang lebih tajam daripada lidah. Kerana lidah boleh mengguris hati, memotong hubungan silaturahim. Jadi hati-hati ketika berbicara ya.

SERIBU KEMAAFAN

Jujur itu menyakitkan tetapi lebih baik jujur daripada berbohong kerana orang yang takut dengan diri sendiri itu tidak berani menyatakan kebenaran.

Tuesday 8 October 2019

JANGAN MALU

Allah lebih suka hambanya berdoa meminta-minta, daripada hambanya sombong dan angkuh. Ingatlah dari Nya kita datang, kepadaNya kita kembali.

DOA UTK ORANG

Hari ini kita doakan utk orang lain. Haih kita tak tahu esok lusa mungkin org sembahyangkan untuk kita. Ya Allah hummm

Sunday 29 September 2019

2 BENUA

Lain yang diharapkan lain pula yang sampai. Itulah yang dinamakan sebagai ketentuan ilahi. So jagalah apa yang Allah berikan kepada kita. Ok

Sunday 22 September 2019

ISTIQOMAH DIRI

Untuk berubah tidak semestinya tinggalkan semuanya apa yang kita buat sebelum ini. Tapi ingatlah istiqomah dahulu sebelum berbuat sesuatu. Jangan terlalu terburu membuat keputusan.

Monday 16 September 2019

UTUSAN ALLAH

Kenapa Allah gerakkan hati seseorang untuk hadir dalam hidup kita? Pernah terfikir tak, Allah gerakkan hati seseorang itu kerana untuk menegur dan mengubah cara kita. So kita kene terima segala nasihat dari dia. Anggaplah dia utusan dari Allah untuk kita. Ok

Saturday 7 September 2019

JAUH DI SUDUT HATI.

Kita merasakan sesuatu dalam diam. Tapi takut utk meluahkan, takut salah masa, pemahaman org. Yg pasti bila tiba masanya akan terungkap juga rasa itu. Tak akan hilang.

Tuesday 3 September 2019

CERITERA AKU

Bukan mudah kita nak melupakan sesuatu lagi-lagi dgn benda yang lama kita hadapi. Segalanya mungkin berubah tapi tetap segar dalam ingatan. Jika ada jalan lain utk melupakan, iaitu pasti MATI.

Wednesday 28 August 2019

MIMPI INDAH

Bermimpi la untuk menjadi apa yang kita mahu. Sebab tak semua yang kita impikan itu akan dapat dalam realiti.

Monday 26 August 2019

BUNGA ORANG

Merindukan seseorang dalam diam itu satu lumrah hidup. Menyukai seseorang dalam diam itu adalah satu keajaiban. Tapi sampai bila bertahan tanpa meluahkannya. Kalau ada rezeki adalah. Taknak jaga jodoh orang......

Sunday 25 August 2019

PELANGI SENJA

Setiap orang pernah membuat kesalahan. Tapi perlu ke kita yang menghukum dia? Selagi kita mampu memaafkan, kita memaafkan. Mungkin Allah gerakkan hatinya utk berbuat demikian, siapa yang tahu.

Monday 12 August 2019

PEDIH TERSANGAT

Kita tak tahu apa yang akan datang. Tak tahu apa yang seterusnya. Segalanya sudah tertulis. Kita hanya menjalani sahaja. Tepuk dada,tanya iman.

Friday 12 July 2019

HILANG TERBANG

Burung kalau di lepaskan. Sudah tentu tidak akan kembali lagi. Tapi kalau di jaga beri makan. Lepaslah sejauh mana pasti akan kembali lagi.

Friday 28 June 2019

REST FOR PEACE

Sepi bukan bererti hilang. Diam bukan bererti lupa. Jauh bukan bererti putus. Humm bersabarlah

Thursday 27 June 2019

BERIBU MARHALA

Jika Allah menghadirikan seseorang dalam hidup kita, hargailah dia kerana kita tak tahu dia hadir untuk apa? Sebelum dia pergi jaga dan hormati, mungkin ada keistimewaan yang kita tak tahu untuk kita. 😌

Friday 24 May 2019

PELUANG PERTAMA

Cermin bila sudah pecah tidak mungkin boleh dicantumkan semula,jika boleh ia tidak boleh pantulkan sesempurna seperti asal. Begitu juga hati,jika sudah hancur tidak mungkin sama seperti sedia kala. Peluang pertama tidak seindah peluang kedua.

Monday 6 May 2019

HADIRNYA SESEORANG DALAM HIDUP

Takdir yang menemukan kita dengan seseorang dan bukan takdir yang memisahkan, tapi Allah yang menggerakkan hati mereka untuk pergi. Kerana semua itu utusan NYA.  So hargailah orang sekeliling kita. Sebelum dia hilang buat selama-lamanya.

ISTIGHFAR SELALU

Sesiapa yang selalu beristighfar, maka Allah akan menjadi baginya setiap kesusahan ada jalan keluar, pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberi rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Sunday 5 May 2019

KETENTUAN

Pergi dan datang sesuatu itu sudah di tentukan oleh Allah ,semuanya sudah tertulis di luth mahfuz. Mahu atau tidak, kita kena terima hakikat bahawa itu untuk kita.

Friday 3 May 2019

BUNGA JAGAAN

Kekadang aku tertanya adakah masih sama atau tidak warnanya, bau nya, rupanya, bunga yang sekian lama aku jaga. Dan aku pergi untuk seketika. Berharap tidak berubah.... Semoga kembang mekar di sana.

Wednesday 1 May 2019

PENDAM MENJADI DENDAM

Semua orang boleh ditipu, boleh di sembunyikan dengan apa yang kau rasa, tapi Allah tak boleh untuk kau cuba. Ingatlah pendam tu tak boleh selesaikan apa-apa masalah. Doalah yang bebaik ye.

Monday 29 April 2019

MENUNGGU

Kekadang, bila kita penat untuk menunggu sesuatu keputusan yang tak pasti. Kita pun tak boleh untuk mengheboh benda yang belum muktamad keputusannya. Tapi jangan salahkan pihak lain kalau membuat pilihan sendiri.

Thursday 25 April 2019

HILANG SERI PELANGI

Perginya seseorang itu bukan kehendak kita, tapi Allah yang menggerakkan hati .Perginya seorang sahabat itu lain tidak sama seperti kawan .So yang ada sahabat tu jaga elok-elok ye.

Wednesday 17 April 2019

DOA ITU PENTING

Bila jauh, hanya kepercayaan yang meyakinkan kita. Tapi ingatlah, doa yang selalu menghubungkan kita walaupun jauh beribu batu. Jagalah kita, nescaya Allah akan jagakan dia untuk kita.

Monday 15 April 2019

SEMUT MALAM

Keikhlasan ibarat semut hitam, berjalan di kayu hitam, diwaktu malam yang gelap gelita kelam. Hanya Allah saja yang tahu keikhlasan tu. Kita manusia tak mampu untuk menilai keikhlasan itu.

Friday 12 April 2019

NOKTAH

Pergi, hilang. Tapi bila di tanya "saje" . Sebenarnya aku penat menunggu jawapan yang hampir 4 tahun. Ibarat di cucur dengan bara api, pedihnya.... Biar saja aku yang menanggung, tak perlu orang lain. Aku yang memulakan, aku juga yang mengakhiri.

Wednesday 10 April 2019

RAHSIA ALLAH

perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.An-nur:26

Tuesday 9 April 2019

LUTH MAHFUZ

Allah dah aturkan semuanya untuk kita. Segalanya sudah tercatat di luth mahfuz. Kita di alam nyata hanya menjalankan saje. Terima apa tertulis. Ada hikmah di sebalik semua itu. Ok, tepuk dada muhasabah diri. Cari dimana permulaan segala-galanya.

Monday 8 April 2019

SALAM PENGHIJRAHAN.

Walau marah, benci, geram macam mana pun kita dgn seseorang, maafkan la, sebab kita tak tahu bila kita akan tidur utk selamanya, walau  gaduh macam mana pun kita dgn seseorang, tak perlulah putuskan hubungan. Tapi ingatlah dia pernah buat baik dgn kita dulu.

Saturday 6 April 2019

IKUT KATA HATI,MATI AKHIRNYA

Kekadang kita perlu tanya seseorang itu sebelum membuat sebarang keputusan,kerana penjelasan membolehkan kita mengatahui sejauh mana kebenaran itu berlaku.Tidak usahlah mempercayai semua kata-kata orang,tapi cukuplah kita sendiri yang menilai seseorang .

MEMAAFKAN SESEORANG ITU PERLU

Tak usahlah marahkan seseorang sehingga tak boleh memaafkannya,tapi cukuplah marah hanya seketika.Ingatlah satu pesanana,syaitan amat suka perbalahan antara kaum Adam,kerana diakhirnya hubungan silaturahim akan LELAI.Janganlah simpan perasaan amarah di hati.

Friday 29 March 2019

TAKDIR TERTULIS

Adam dan Hawa pernah terpisah lama tetapi mereka bertemu kembali kerana apa ?  Kerana dengan izin Allah yakinlah kalau ada jodoh tak kemana," Seandainya semua itu tertulis di luth mahfuz, terima la dgn hati terbuka.

Wednesday 27 March 2019

PELANGI INDAH

Pesanan yang selalu ku lakukan adalah "memaafkan orang lain sebelum tidur " dll. Hahaha ibarat pelangi, yang datang mengindahkan hari2 orang sekeliling, dan tak mungkin esok lusa akan muncul lagi.... Terima kasih😃

Monday 25 March 2019

DIDIKLAH SEELOKNYA

“Berpesan baiklah kamu terhadap wanita, sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan yang paling bengkok bahagian atasnya. Oleh kerana itu, apabila kamu paksa untuk meluruskannya maka akan patahlah ia, dan apabila kamu membiarkan, maka akan bengkoklah ia selamanya”. (HR. Bukhari Muslim).

Sunday 24 March 2019

MERENUNG SENDIRI

Jangan nak salahkan sesiapa, tapi salahkan diri sendiri, tentang apa orang buat atas kita.

INDAHNYA SEBUAH KEMAAFAN

Seberat manapun salah seseorang tu, kita maafkan je dia. Mungkin satu hari nanti, bila kita buat salah lagi ramai orang yang akan memaafkan perbuatan kita.

Saturday 23 March 2019

MAAF 😌

Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.

IKHLAS

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

Friday 22 March 2019

HATI

Kekadang sesuatu yang susah kita nak redhakan, itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. 😌

Thursday 21 March 2019

KETENTUAN ILAHI

Adam dan Hawa pernah terpisah lama tetapi mereka bertemu kembali kerana apa ?  Kerana dengan izin Allah yakinlah kalau ada jodoh tak kemana.