Thursday 28 May 2020

TOPENG HIDUP

Makin lama kita kenal seseorang tu. Makin kita tahu dia betul ikhlas berkawan dengan kita. Lama kelamaan dia tunjuk sendiri. Tanya diri kita adakah dia berkawan disebabkan apa? Dalam dunia ni yang betul-betul ikhlas boleh di kira dengan jari, yang lain hanya propaganda. Takut-takut dia tikam belakang kita. 

Friday 15 May 2020

UNTUKKU

Gengam la sekuat mana pun, peluklah seerat mana pun jika itu bukan milik kita pasti akan di lepaskan jua. Terima hakikat bahawa semua itu bukan milik kita. Carilah yang sudah tertulis untuk. Percaya dan yakin kita pasti jumpa.. 

Thursday 14 May 2020

REMBULAN PURNAMA

Keindahan malam kadangkala dihiasi bulan. Dan tak selalu di lapisi hujan. Begitu juga kehidupan tak semua indah, ada cabaran yang di lalui.. Percayalah di sebalik cabaran ada perkara yang membuat kita gembira..

Monday 11 May 2020

MIMPI INDAH

Hidup kita tak seindah di fikiran. Kerana apa yang difikiran hanyalah ilusi. Berusaha la sehabis baik. Jika ia rezeki kita ada la untuk kita. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mengubahnya"

Sunday 10 May 2020

LENA BENAKU

Kekadang apa yang kita minta tu bukan Allah tak makbulkan, tapi Allah nak tengok sejauh mana kesabaran hambanya, dan kesungguhan untuk meminta pertolongan. Sebab itulah kita perlu memohon dengan kesabaran dan kesungguhan dari hati yang ikhlas.